Physical Fitness

PENGENALAN

Di Malaysia perhatian terhadap kecergasan bermula dalam tahun 70-an dengan
kewujudan ujian kecergasan. Dengan kesedaran peranan kecergasan kepada
pembangunan negara, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan melancarkan
program ‘Malaysia Cergas’ pada tahun 1985.
Usaha ke arah ini disokong oleh Kementerian Pendidikan Malaysia apabila
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dijadikan mata pelajaran teras dalam Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga turut menyumbang ke arah kecergasan
dengan kempen bertema mereka. Antara kempen yang berasaskan tingkah laku ialah
1998-Senaman dan Kecergasan, 2000-Kehidupan Keluarga yang Sihat, 2001-
Kesihatan Mental dan 2002-Promosi Persekitaran Sihat.
Setelah kita memutuskan bahawa kita perlu bersenam, maka kita seharusnya menilai
tahap kecergasan semasa. Selepas menjalani beberapa ujian yang dicadangkan kita
akan dapat tahu pada tahap manakah kita perlu mula bersenam. Ini membolehkan
tubuh kita menerima senaman beransur-ansur di samping mengelak kecederaan.
Kecergasan
Fisiologi
Kecergasan
Sosial
Kecergasan
Psikologikal
Kecergasan
Fizikal
Kecergasan
Sosial
Kecergasan
Mental
Kecergasan
Emosi
Kecergasan
Kerohanian
Kecergasan Keseluruhan
2
Ujian kecergasan fizikal boleh dibahagikan kepada:
 Ujian kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan
 Ujian kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran motor
o KECERGASAN FIZIKAL BERLANDASKAN KESIHATAN
i) Komposisi Badan
Kadar relatif otot, lemak, tulang dan tisu-tisu lain yang membentuk tubuh.
Individu yang cergas mempunyai peratus kandungan lemak yang rendah, berkadar
dengan berat badan dan ketinggian.
ii) Fleksibiliti
Fleksibiliti membenarkan sendi atau sendi-sendi bergerak dengan licin dengan
rintangan yang minimum. Fleksibiliti dirujuk kepada julat pergerakan sendi.
iii) Daya Tahan Kardiovaskular
Keupayaan sistem kardiorespiratori untuk melakukan kerja bagi satu jangka masa
yang lama dan berterusan dengan intensiti kerja yang ringan atau sederhana.
KESIHATAN KEMAHIRAN MOTOR
 Komposisi Badan
 Fleksibiliti
 Daya Tahan Kardiovaskular
 Kekuatan Otot
 Daya Tahan Otot
 Ketangkasan
 Kuasa
 Imbangan
 Masa Reaksi
 Kelajuan
 Koordinasi
KECERGASAN FIZIKAL
3
iv) Kekuatan Otot
Keupayaan otot untuk mengatasi rintangan bagi menghasilkan daya (kerja).
v) Daya Tahan Otot
Keupayaan otot untuk melakukan aktiviti fizikal yang berulang-ulang atau
berterusan bagi satu jangka masa yang lama dengan intensiti kerja yang ringan
atau sederhana.
o KECERGASAN FIZIKAL BERLANDASKAN KEMAHIRAN MOTOR
i) Ketangkasan
Keupayaan untuk mengubah arah pergerakan atau kedudukan badan dengan
pantas dan tepat.
ii) Kuasa
Keupayaan untuk memindahkan tenaga kepada daya secara eksplosif. Kuasa
dirujuk kepada gabungan kekuatan dan kelajuan pergerakan.
iii) Imbangan
Keupayaan untuk mengekalkan kedudukan badan dengan teguh sama ada semasa
melakukan pergerakan (dinamik) atau semasa pegun (statik).
iv) Masa Reaksi
Masa yang diambil oleh seseorang untuk bertindak setelah menerima rangsangan
untuk berbuat demikian.
v) Kelajuan
Keupayaan untuk melakukan pergerakan dalam masa yang singkat. Kelajuan
dirujuk kepada jarak pergerakan yang dicapai dalam satu jangka masa yang diberi.
vi) Koordinasi
Kebolehan menyelaras dan menyeragamkan pergerakan anggota badan untuk
menghasilkan sesuatu tindakan tertentu.